Skip to content

Seksyen 16

Penggantungan keputusan adjudikasi

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 16 of 41
Seksyen 16
(1)

Suatu pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu penggantungan keputusan adjudikasi dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

suatu permohonan untuk mengetepikan keputusan adjudikasi di bawah seksyen 15 telah dibuat; atau

(b)

hal perkara keputusan adjudikasi sedang menunggu penentuan muktamad oleh timbang tara atau mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 746

(2)

Mahkamah Tinggi boleh membenarkan penggantungan keputusan adjudikasi atau memerintahkan amaun teradjudikasi atau sebahagian daripadanya untuk didepositkan dengan Pengarah

PTSKL atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.