Skip to content

Seksyen 9

Tuntutan adjudikasi

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 9 of 41
Seksyen 9
(1)

Pihak yang menuntut hendaklah, dalam masa sepuluh hari bekerja dari penerimaan pelantikan itu diterima oleh adjudikator di bawah subseksyen 22(2) atau 23(2), menyampaikan suatu tuntutan adjudikasi bertulis yang mengandungi sifat dan perihalan pertikaian itu dan remedi yang diminta berserta dengan apa-apa dokumen sokongan kepada responden.

(2)

Pihak yang menuntut hendaklah memberi adjudikator suatu salinan tuntutan adjudikasi berserta dengan apa-apa dokumen sokongan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 13