Seksyen 8
Pemulaan adjudikasi
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
ActIn forceProvision 8 of 41
Seksyen 8
(1)
Pihak yang menuntut boleh memulakan prosiding adjudikasi dengan menyampaikan suatu notis bertulis tentang adjudikasi yang mengandungi sifat dan perihalan pertikaian dan remedi yang diminta berserta dengan apa-apa dokumen sokongan kepada responden.
(2)
Apabila responden menerima notis adjudikasi itu, adjudikator hendaklah dilantik mengikut cara yang diperihalkan dalam seksyen 21.
(3)
Sesuatu pihak kepada prosiding adjudikasi boleh mewakili dirinya sendiri atau diwakili oleh mana-mana wakil yang dilantik oleh pihak itu.