Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English
Contents

Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

110. Keterangan

Feedback & support
(1)

Tribunal boleh—

(a)

mendapatkan dan menerima keterangan bersumpah atau dengan ikrar, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;

(b)

menghendaki pengemukaan buku, kertas, dokumen, rekod atau benda di hadapannya;

(c)

mengendalikan sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

(d)

mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan lain dan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya patut;

(e)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;

(f)

menerima keterangan pakar; dan

(g)

secara umumnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi maksud mempercepat penentuan tuntutan itu.

(2)

Sesuatu saman panggilan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan dan dikuatkuasakan seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah rendah.

Report

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules