Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian XII · Tribunal bagi Tuntutan Pengguna
113. Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undang-undang
Feedback & supportSebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 112, Tribunal boleh, mengikut budi bicaranya, merujukkan kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undang-undang—
yang berbangkit semasa prosiding;
yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan
yang penentuannya oleh Tribunal membangkitkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu.
Jika Tribunal merujukkan apa-apa persoalan undang-undang di bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah
Tinggi, Tribunal hendaklah membuat awardnya dengan mematuhi keputusan itu.
Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini.