Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 3

38. Perakuan pengamalan tahunan

Feedback & support
(1)

Mana-mana pengamal yang membuat permohonan bagi suatu perakuan pengamalan tahunan hendaklah memastikan bahawa permohonan itu sampai di pejabat Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak lewat dari hari pertama bulan November pada tahun sebelum tahun yang permohonan itu dibuat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika pengamal pergigian atau juruterapi pergigian memohon suatu perakuan pengamalan tahunan bagi kali pertama, permohonan itu boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun itu, dan pemohon itu hendaklah diberikan suatu perakuan pengamalan tahunan bagi baki tahun permohonan itu dibuat.

(3)

Perakuan pengamalan tahunan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga tiga puluh satu Disember tahun perakuan itu dikeluarkan.

(4)

Mana-mana pengamal pergigian atau juruterapi pergigian yang tidak memohon perakuan pengamalan tahunan mengikut Bab ini hendaklah disifatkan telah digantung daripada tarikh perakuan pengamalan tahunan semasanya luput.

(5)

Tiada perakuan pengamalan tahunan boleh dikeluarkan kepada seseorang dentis melainkan jika suatu laporan mengenai pemeriksaan ke atas kemudahan jagaan kesihatan, dalam borang yang ditetapkan, telah diterima oleh Pendaftar Pergigian, dalam masa dua belas bulan yang lalu, yang menyatakan maksud bahawa kemudahan jagaan kesihatan dan keadaan amalan dentis itu adalah memuaskan hati.

Report

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules