Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 3

39. Pembatalan penggantungan

Feedback & support
(1)

Seseorang pengamal pergigian atau juruterapi pergigian yang disifatkan telah digantung di bawah subseksyen 38(4) boleh memohon perakuan pengamalan tahunan kepada Pendaftar Pergigian atau kepada Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam borang yang ditetapkan berserta dengan dokumen, maklumat dan butir-butir yang ditentukan oleh Majlis atau

Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi dan caj bagi permohonan lewat sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.

Undang-Undang Malaysia 40

(2)

Jika Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah mengeluarkan perakuan pengamalan tahunan kepada pemohon dan perakuan pengamalan tahunan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga tiga puluh satu

Disember tahun perakuan itu dikeluarkan, dan penggantungan itu hendaklah terbatal.

(3)

Seseorang pengamal pergigian atau juruterapi pergigian yang telah diberikan perakuan pengamalan tahunan di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penggantungan itu dibatalkan, merayu secara bertulis kepada

Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya penggantungan itu dipotong daripada rekodnya.

Report

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules