Seseorang pengamal hendaklah mempamerkan di tempat yang mudah dilihat di alamat pengamalan utama, selain di suatu kemudahan jagaan kesihatan awam atau di suatu institusi latihan tempatan, perakuan pendaftaran dan perakuan pengamalan semasa yang dikeluarkan kepadanya.
Seseorang pengamal hendaklah mempamerkan di tempat yang mudah dilihat di mana-mana di kemudahan jagaan kesihatan lain yang dia menjalankan amalan pergigian, selain di suatu kemudahan jagaan kesihatan awam atau di suatu institusi latihan tempatan, perakuan pengamalan semasa yang dikeluarkan kepadanya.
Seseorang doktor pergigian yang telah dikeluarkan dengan perakuan pendaftaran sebagai pakar pergigian, hendaklah mempamerkan di tempat yang mudah dilihat di alamat pengamalan
Pergigian 43
utama, selain di suatu kemudahan jagaan kesihatan awam atau di suatu institusi latihan tempatan, perakuan pendaftaran sebagai pakar pergigian.
Seseorang juruterapi pergigian yang telah dikeluarkan dengan perakuan pendaftaran sebagai juruterapi pergigian pascaasas hendaklah mempamerkan di tempat yang mudah dilihat di alamat pengamalan utama, selain di suatu kemudahan jagaan kesihatan awam atau di suatu institusi latihan tempatan, perakuan pendaftaran sebagai juruterapi pergigian pascaasas.
Mana-mana pengamal yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.