Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bab 3
40. Perakuan pengamalan sementara
Feedback & supportSeseorang bukan warganegara Malaysia boleh memohon kepada Pendaftar Pergigian suatu perakuan pengamalan sementara untuk menjalankan amalan pergigian di Malaysia jika dia memenuhi syarat yang berikut:
dia telah didaftarkan di luar Malaysia sebagai doktor pergigian atau yang bersamaan dengan doktor pergigian;
dia—
telah lulus Peperiksaan Kelayakan Profesional;
atau
memegang suatu kelayakan yang diberikan oleh institusi latihan tempatan yang diakreditasikan dan telah diperakui oleh Jawatankuasa Kelayakan
Pergigian sebagai telah memenuhi kehendak
Peperiksaan Kelayakan Profesional;
dia membuktikan sehingga Pendaftar Pergigian berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik; dan
dia membuktikan sehingga Pendaftar Pergigian berpuas hati bahawa dia mempunyai tawaran pekerjaan atau tajaan.
Pergigian 41
Seseorang bukan warganegara Malaysia boleh memohon kepada Pendaftar Juruterapi Pergigian suatu perakuan pengamalan sementara untuk menjalankan amalan pergigian di Malaysia jika dia memenuhi syarat yang berikut:
dia telah didaftarkan di luar Malaysia sebagai juruterapi pergigian atau yang bersamaan dengan juruterapi pergigian;
dia memegang apa-apa kelayakan yang diiktiraf yang tersenarai dalam Jadual Kedua, yang diberikan oleh institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelayakan itu;
dia membuktikan sehingga Pendaftar Juruterapi Pergigian berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik; dan
dia membuktikan sehingga Pendaftar Juruterapi Pergigian berpuas hati bahawa dia mempunyai tawaran pekerjaan atau tajaan.
Suatu perakuan pengamalan sementara itu hendaklah berkuat kuasa bagi suatu tempoh maksimum selama dua belas bulan.
Pemegang perakuan pengamalan sementara tidak boleh mempunyai lebih daripada satu alamat pengamalan kecuali dengan kelulusan Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian boleh pada bila-bila masa membatalkan perakuan pengamalan sementara yang diberikan di bawah seksyen ini dan perakuan itu hendaklah luput dari tarikh pembatalan itu.
Pemegang suatu perakuan pengamalan sementara hendaklah, selagi perakuan pengamalan sementara itu terus berkuat kuasa dan tertakluk kepada syarat dan sekatan yang dinyatakan dalam perakuan pengamalan sementara, disifatkan telah didaftarkan sebagai doktor pergigian atau juruterapi pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Walau apa pun perenggan (1)(b), Pendaftar Pergigian boleh mengeluarkan suatu perakuan pengamalan sementara kepada mana-mana orang yang memegang suatu kelayakan pakar, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Pendaftar Pergigian.
Undang-Undang Malaysia 42
Pendaftar Pergigian boleh, jika difikirkan sesuai olehnya, membenarkan pemegang perakuan pengamalan sementara untuk menjalankan amalan sebagai pakar pergigian dengan menyatakan pada perakuan pengamalan sementara kepakaran yang dia dibenarkan untuk menjalankan amalan.