Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
83. Kuasa Menteri untuk mengarahkan pemeriksaan
Feedback & supportMenteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan Bank supaya memeriksa perniagaan dan hal ehwal mana-mana institusi yang ditetapkan dan mana-mana pejabatnya dan subsidiarinya di dalam atau di luar Malaysia jika dia mengesyaki bahawa institusi yang ditetapkan itu atau subsidiarinya sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan, atau yang mungkin, memudaratkan kepentingan pemegang kepentingan atau tidak mempunyai aset yang cukup untuk meliputi liabiliti kepada orang ramai, atau sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
106
Undang-Undang Malaysia
Kewajipan untuk mengemukakan dan memberikan akses kepada dokumen dan maklumat