Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

31. Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib

Feedback & support
(1)

Suatu

Jawatankuasa

Tatatertib

Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga ditubuhkan.

(2)

Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada lima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi

Jawatankuasa.

(3)

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan dua orang ahli

Jawatankuasa hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib.

(4)

Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.

(5)

Dalam menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa

Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 73.

(6)

Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk pada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau tugas tatatertibnya selain hukuman tatatertib bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai dan pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai dan pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa itu.

(7)

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) bagi membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga menjalankan apa-apa kuasa tatatertib atau menjadi seorang ahli suatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat.

Report

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules