Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

38. Section 38

Feedback & support
(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada mana-mana orang adalah bertanggungan untuk membayar caruman di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang—

(a)

untuk mengemukakan kepada ketua pegawai eksekutif dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir-butir yang dinyatakan dalam notis itu;

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan ketua pegawai eksekutif atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang ketua pegawai eksekutif atau pegawai itu fikirkan perlu; atau

(c)

untuk mengemukakan maklumat atau butir-butir mengikut perenggan (a) dan juga hadir mengikut perenggan (b).

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(2A)

Jika seseorang didapati bersalah di bawah subseksyen (2),

Mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk mematuhi kehendak notis ketua pegawai eksekutif di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perintah Mahkamah itu.

(3)

Apabila didapati oleh mana-mana majistret, atas maklumat bertulis yang diangkat sumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di premis tertentu terdapat mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut subseksyen (1) dan telah tidak dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, maka majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk menggeledah premis dan untuk memecah buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, koper, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan ataupun tidak, di dalam premis itu; dan

(b)

untuk mengambil milik, atau melindung daripada gangguan, mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang nampaknya adalah buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki sedemikian.

Report

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules