Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka
32. Pengenaan surcaj
Feedback & supportJika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Lembaga—
bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, setem, sekuriti, stor atau harta lain
Lembaga;
yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran tersebut kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang tersebut dan Lembaga, dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada
Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran tidak sepatutnya,
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan tersebut, mengikut mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sesuatu jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik tersebut.
Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3)
hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—
daripada gaji orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
daripada pencen orang yang disurcaj tersebut jika
Lembaga mengarahkan sedemikian,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 45
secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang tersebut, mengikut mana yang berkenaan.