Seksyen 34
Pelantikan Pemeriksa, kuasa, fungsi dan tugas mereka
of Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
Lembaga boleh melantik seberapa bilangan Pemeriksa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini daripada mana-mana pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah subseksyen 30(3) dan pelantikan tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.
(2)
Tertakluk pada subseksyen (3), seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan di bawah Akta ini.
(3)
Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan ketua pegawai eksekutif, atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain Lembaga yang diberi kuasa oleh ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana Pemeriksa lain yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ketua pegawai eksekutif, atau pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau Pemeriksa yang lebih tinggi dari segi pangkat, boleh menyatakan secara lisan atau bertulis, sama ada pada amnya, atau dalam mana-mana hal atau hal keadaan tertentu.
(4)
Ketua pegawai eksekutif hendaklah mempunyai segala kuasa
Pemeriksa.
(5)
Lembaga boleh, secara bertulis, meletakhakkan segala atau mana-mana kuasa, fungsi dan tugas Pemeriksa pada mana-mana pegawai Lembaga yang tidak dilantik sebagai Pemeriksa di bawah subseksyen (1).