Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

33A. Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga

Feedback & support
(1)

Suatu Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Lembaga berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat

Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di bawah seksyen 33 ditubuhkan.

(2)

Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh

Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.

(3)

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa

Rayuan Kenaikan Pangkat.

(4)

Jawatankuasa

Rayuan

Kenaikan

Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.

(5)

Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 33(3) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 47

(6)

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad.

Report

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules