Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka
35. Kuasa untuk memasuki, memeriksa dan menggeledah
Feedback & supportTertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh pada bila-bila masa yang munasabah—
memasuki mana-mana premis atau tempat di mana orang dipercayai telah diambil bekerja sebagai pekerja;
membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana yang perlu bagi menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sedang dipatuhi atau telah dipatuhi dalam mana-mana premis atau tempat tersebut;
menyoal periksa, sama ada secara bersendirian atau dengan kehadiran mana-mana orang lain, berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini yang mengenainya dia semunasabahnya menghendaki maklumat, tiap-tiap orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai boleh memberi maklumat mengenai hal perkara siasatan itu, dan menghendaki tiap-tiap orang tersebut disoal periksa dan bagi maksud soal periksa tersebut boleh menyaman mana-mana orang tersebut untuk hadir pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam saman itu; dan
menjalankan mana-mana kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan Akta ini.