Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka
33. Penubuhan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga
Feedback & supportSuatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Lembaga berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga selain ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah terdiri daripada lima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi
Jawatankuasa, ditubuhkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dan dua orang ahli lain Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.
Jika atas apa-apa soal yang hendaklah ditentukan terdapat kesamarataan undi, pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa, fungsi dan tugas yang berhubungan dengan kenaikan pangkat pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Jawatankuasa
Kenaikan
Pangkat boleh mewakilkan mana-mana kuasa, fungsi atau tugasnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa
Kenaikan Pangkat yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa tersebut.
(Dipotong oleh Akta A1300).
(Dipotong oleh Akta A1300).