Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Jul 2022 · Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka
37A. Section 37A
Feedback & supportSeseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh, menaksirkan apa-apa caruman yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan kepada maklumat yang ada jika majikan itu—
tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini; atau
tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dikemukakan olehnya di bawah Akta ini.
Taksiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti mencukupi tuntutan Lembaga bagi mendapatkan kembali apa-apa caruman di bawah seksyen 65.