Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian IV · Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka
31A. Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
Feedback & supportSuatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah seksyen 31 ditubuhkan.
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi
Jawatankuasa itu.
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib.
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 43
di bawah subseksyen 31(5) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.
Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu adalah muktamad.