Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga
18. Mengedarkan produk menggunakan tenaga
Feedback & support(1)
Tiada pengilang atau pengimport boleh mengedarkan apa-apa produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai melainkan jika pengilang atau pengimport itu berdaftar dengan Suruhanjaya di bawah seksyen 19 dan suatu perakuan kecekapan tenaga telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu di bawah seksyen 21.
(2)
Mana-mana pengilang atau pengimport yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.