Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga

23. Pembatalan perakuan kecekapan tenaga

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan berkenaan dengan produk menggunakan tenaga di bawah seksyen 21 dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

komponen produk menggunakan tenaga itu telah diubah, diganti atau ditukar;

(b)

selepas pemeriksaan oleh Suruhanjaya semasa pengawasan pasaran, Suruhanjaya mendapati bahawa produk menggunakan tenaga sebagaimana yang diletakkan dalam pasaran tidak lagi memenuhi standard prestasi tenaga minimum sebagaimana yang ditetapkan;

(c)

pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan kecekapan tenaga itu; atau

(d)

pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar telah memperoleh perakuan kecekapan tenaga itu berkenaan dengan produk menggunakan tenaga dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya.

(2)

Apabila perakuan kecekapan tenaga dibatalkan, perakuan kecekapan tenaga itu hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

dan pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar hendaklah memanggil balik dan menyebabkan dialihkan daripada pasaran produk menggunakan tenaga yang berkenaan dengannya perakuan kecekapan tenaga yang dibatalkan itu telah dikeluarkan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis.

(3)

Mana-mana pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Undang-Undang Malaysia 28

Report

Bahagian VI

Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules