Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga

24. Kewajipan untuk menyimpan rekod dan dokumen oleh pengilang berdaftar dan pengimport berdaftar

Feedback & support
(1)

Pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar hendaklah menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat selama tempoh tujuh tahun dari tarikh perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen 19(3) suatu salinan laporan pengujian prestasi tenaga atau surat penilaian yang dikeluarkan oleh badan penilaian pematuhan atau makmal yang diiktiraf oleh Suruhanjaya berhubung dengan produk menggunakan tenaga yang berkenaan dengannya perakuan kecekapan tenaga itu telah dikeluarkan.

(2)

Mana-mana pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian VI

Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules