Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga
22. Pembaharuan perakuan kecekapan tenaga
Feedback & supportPengilang berdaftar atau pengimport berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan berkenaan dengan produk menggunakan tenaga di bawah seksyen 21 sebelum tarikh habis tempoh perakuan kecekapan tenaga itu dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan kecekapan tenaga itu selepas dibayar fi yang ditetapkan;
atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan penolakan itu.
Mana-mana pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar yang berhasrat untuk memohon bagi pembaharuan perakuan kecekapan tenaga tetapi tidak memohon bagi pembaharuan itu sebelum tarikh habis tempoh perakuan kecekapan tenaga itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan baharu bagi perakuan kecekapan tenaga itu di bawah seksyen 21.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiadanya pembaharuan perakuan kecekapan tenaga atau penolakan oleh Suruhanjaya untuk membaharui perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan suatu produk menggunakan tenaga di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kesahan label penarafan kecekapan tenaga yang telahpun dikeluarkan berkenaan dengan produk itu di bawah subseksyen 21(5).
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 27