Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga
19. Pendaftaran pengilang atau pengimport
Feedback & supportPermohonan bagi pendaftaran oleh pengilang atau pengimport yang berhasrat untuk mengedarkan produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai hendaklah dibuat kepada
Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 24
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
hendaklah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran.