Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga
20. Pembatalan perakuan pendaftaran pengilang berdaftar dan pengimport berdaftar
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 19(3) jika pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar itu—
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
telah terhenti daripada menjalankan perniagaan yang berkenaan dengannya ia didaftarkan di bawah Akta ini;
telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan pendaftaran itu;
telah mengubah perakuan pendaftaran itu; atau
telah memperoleh perakuan pendaftaran itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya.
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 25
Apabila perakuan pendaftaran dibatalkan, perakuan pendaftaran itu hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan pengilang atau pengimport itu tidak dibenarkan untuk memfailkan apa-apa permohonan baharu untuk didaftarkan di bawah Akta ini.