Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga
21. Permohonan bagi perakuan kecekapan tenaga
Feedback & supportPermohonan oleh pengilang atau pengimport yang berhasrat untuk mengedarkan produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai bagi suatu perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu jika—
produk menggunakan tenaga itu mematuhi metodologi pengujian produk menggunakan tenaga, pengiraan kecekapan tenaga dan penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan; dan
produk menggunakan tenaga itu memenuhi standard prestasi tenaga minimum sebagaimana yang ditetapkan; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Jika Suruhanjaya meluluskan permohonan itu, Suruhanjaya hendaklah, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 26
Apabila dikeluarkan perakuan kecekapan tenaga di bawah subseksyen (4), Suruhanjaya hendaklah juga mengeluarkan label penarafan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) hendaklah sah bagi tempoh satu tahun dari tarikh pengeluarannya.