Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian X
63. Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb
Feedback & supportJika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu;
atau
oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu,
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 57
orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.