Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian X
71. Kecualian
Feedback & supportMana-mana orang yang memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai pengurus tenaga elektrik yang dikeluarkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447]
sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai pengurus tenaga berdaftar di bawah Akta ini dan boleh menjalankan
Undang-Undang Malaysia 62
fungsi dan kewajipan pengurus tenaga berdaftar di bawah
Akta ini sehingga tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu, dengan syarat bahawa orang itu telah membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai seseorang pengurus tenaga di bawah Akta ini.
Apa-apa produk menggunakan tenaga yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelulusan yang sah telah dikeluarkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan berkenaan dengannya suatu perakuan kecekapan tenaga di bawah Akta ini sehingga tarikh habis tempoh perakuan kelulusan itu, dengan syarat bahawa permohonan bagi suatu perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga telah dibuat di bawah Akta ini.