Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian X

69. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan ambang penggunaan tenaga bagi maksud menentukan pemakaian Akta ini bagi seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;

(b)

untuk menetapkan tempoh dan cara bagi pelantikan pengurus tenaga berdaftar;

(c)

untuk menetapkan tempoh bagi pembangunan suatu sistem pengurusan tenaga oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;

(d)

untuk menetapkan tempoh dan cara bagi pengemukaan suatu laporan kecekapan dan konservasi tenaga oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;

(e)

untuk menetapkan tempoh dan cara bagi pengemukaan suatu laporan audit tenaga oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;

(f)

untuk menetapkan tempoh bagi suatu permohonan pengecualian daripada mengemukakan laporan audit tenaga selanjutnya oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;

(g)

untuk menetapkan tempoh dan cara permohonan bagi suatu label intensiti tenaga berkenaan dengan bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, termasuk tempoh sah label intensiti tenaga itu;

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 61

(h)

untuk menetapkan penarafan kecekapan tenaga berhubung dengan prestasi intensiti tenaga yang hendaklah dipatuhi oleh bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, termasuk cara untuk mematuhi penarafan kecekapan tenaga itu;

(i)

untuk menetapkan standard prestasi tenaga minimum yang hendaklah dipenuhi oleh produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai;

(j)

untuk menetapkan kelayakan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga di bawah Akta ini;

(k)

untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu bagi maksud seksyen 61;

(l)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah

Akta ini, termasuk fi lewat; dan

(m)

untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.

(3)

Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi kesalahan itu.

Report