Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian X
67. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan arahan
Feedback & support(1)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.
(3)
Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.