Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian X
64. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.