Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian X
66. Penyampaian notis
Feedback & supportTiap-tiap notis atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini boleh disampaikan—
secara ke diri kepada orang itu;
dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar;
atau
melalui cara elektronik.
Notis atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah dihantar serah kepada
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 59
orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis atau dokumen lain itu telah dialamatkan—
dalam hal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—
ke pejabat berdaftarnya;
ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima proses penyampaian; dan
dalam hal seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui.
Jika seseorang telah memberikan persetujuannya untuk suatu notis atau dokumen disampaikan kepadanya melalui cara elektronik, notis atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa notis atau dokumen elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui cara elektronik.