Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian X
65. Daftar
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah menyimpan dan menyenggara daftar-daftar yang berikut dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya:
daftar pengurus tenaga berdaftar;
daftar juruaudit tenaga berdaftar;
daftar pengilang berdaftar dan pengimport berdaftar; dan
daftar institusi latihan berdaftar.
Undang-Undang Malaysia 58
Suruhanjaya hendaklah memotong daripada daftar nama dan butir-butir lain—
mana-mana pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar—
yang telah meninggal dunia;
yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau
yang perakuan pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 30; dan
mana-mana pengilang berdaftar, pengimport berdaftar atau institusi latihan berdaftar—
yang berada dalam penyelesaian atau telah digulung atau selainnya dibubarkan: atau
yang perakuan pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 20 dan 36 masing-masing.