Skip to content

Seksyen 14

Kewajipan untuk membekalkan gas apabila diminta

of Akta Bekalan Gas 1993

ActIn forceProvision 14 of 24
Seksyen 14
(1)

Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pemunya atau penghuni mana-mana premis yang terletak di dalam kawasan pembekalan gas—

(a)

memberikan bekalan gas ke premis itu; dan

(b)

mengadakan segala benda yang semunasabahnya perlu bagi maksud itu.

Bekalan Gas 21

(2)

Jika mana-mana orang menghendaki bekalan gas di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi pemegang lesen suatu notis yang menyatakan—

(a)

premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dikehendaki;

(b)

hari bekalan itu dikehendaki bermula;

(c)

kuantiti yang dikehendaki pada bila-bila masa;

(d)

tempoh minimum bekalan itu dikehendaki supaya diberikan;

dan

(e)

tekanan yang dikehendaki bagi bekalan itu.

(3)

Jika seseorang pemegang lesen menerima daripada mana-mana orang suatu notis di bawah subseksyen (2) yang menghendakinya memberikan bekalan gas ke mana-mana premis dan—

(a)

dia belum pernah sebelum ini memberikan bekalan gas ke premis itu;

(b)

pemberian bekalan itu memerlukan pengadaan talian paip atau pepasangan lain; atau

(c)

hal keadaan lain wujud yang menjadikan perlu atau suai manfaat dia berbuat demikian, pemegang lesen itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menerima notis itu, memberi orang itu suatu notis di bawah subseksyen (4).

(4)

Sesuatu notis di bawah subseksyen ini hendaklah—

(a)

menyatakan setakat mana cadangan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) dapat disetuju terima oleh pemegang lesen dan menyatakan apa-apa cadangan balas yang dibuat oleh pemegang lesen;

(b)

menyatakan sama ada harga yang akan dikenakan oleh pemegang lesen akan ditentukan melalui suatu tarif di bawah seksyen 13 atau melalui suatu perjanjian khas di bawah subseksyen 18(1) dan menyatakan tarif itu atau terma yang dicadangkan bagi perjanjian itu;

(c)

menyatakan apa-apa bayaran yang akan dikehendaki supaya dibuat oleh orang itu di bawah subseksyen 16(1); dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 501

(d)

menyatakan apa-apa cagaran yang akan dikehendaki supaya diberikan oleh orang itu di bawah seksyen 17.

(5)

Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 15 hingga 18

Bahagian ini—

(a)

apa-apa sebutan mengenai pemberian bekalan gas termasuklah sebutan mengenai penerusan pemberian bekalan sedemikian; dan

(b)

apa-apa sebutan mengenai menghendaki bekalan gas termasuklah sebutan mengenai terus menghendaki bekalan sedemikian.