Skip to content

Seksyen 16

Kuasa untuk mendapatkan kembali perbelanjaan

of Akta Bekalan Gas 1993

ActIn forceProvision 16 of 24
Seksyen 16
(1)

Jika ada apa-apa talian paip atau pepasangan diadakan oleh pemegang lesen menurut subseksyen 14(1), pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menghendaki apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya dilakukan oleh pemegang lesen dibayar oleh orang yang menghendaki bekalan gas setakat yang munasabah dengan mengambil kira hal keadaan.

(2)

Perbelanjaan yang semunasabahnya dilakukan dalam mengadakan apa-apa talian paip atau pepasangan di bawah subseksyen (1) termasuklah nilai dipermodalkan bagi apa-apa perbelanjaan yang mungkin dilakukan sedemikian dalam menyenggarakannya, jika perbelanjaan itu tidak boleh didapatkan kembali oleh pemegang lesen sebagai sebahagian daripada tarif yang dikenakan olehnya bagi bekalan itu.

(3)

Perbelanjaan yang dilakukan dalam mengadakan talian paip atau pepasangan dari alur keluar meter ke perpaipan dalaman di dalam premis hendaklah ditanggung oleh orang yang menghendaki bekalan itu.