Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI
24. Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan
Feedback & supportTertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud memasang apa-apa talian paip atau pepasangan bagi pembekalan gas di bawah Akta ini, seseorang pemegang lesen boleh meletakkan, menempatkan atau membawa di, di dalam atau di atas mana-mana tanah, selain tanah Kerajaan, apa-apa talian paip atau pepasangan yang perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan boleh mengambil apa-apa tindakan lain yang perlu untuk menjadikan talian paip atau
Bekalan Gas 29
pepasangan itu selamat dan efisien, membayar pampasan penuh mengikut seksyen 28 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan olehnya dan pampasan itu boleh termasuk bayaran tahunan bagi tanah yang digunakan bagi maksud talian paip atau pepasangan itu.
Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberikan notis yang menyatakan, dengan sepenuh dan setepat mungkin, jenis dan takat perbuatan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada matannya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan—
dalam hal tanah beri milik, kepada pemunya atau penghuni;
dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada
Pentadbir Tanah Daerah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu dikehendaki diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah itu, atas perbelanjaan pemegang lesen itu, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu.
Mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3)
boleh, dalam masa empat belas hari dari masa penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap perbuatan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberikan notis mengenai bantahan itu kepada Pihak
Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen.
Undang-Undang Malaysia 30
Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah
Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar.
Apabila selesai siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana perbuatan yang tersebut dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada matannya dalam bentuk yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua:
Dengan syarat bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah itu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkanya patut.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian mana-mana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkara mengenai tanah, Pendaftar—
apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3); atau
Bekalan Gas 31
apabila dikemukakan kepadanya perintah asal yang dibuat di bawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku perintah itu didepositkan dengannya, hendaklah menyebabkan supaya suatu nota mengenai kewujudan hak di bawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang tersentuh oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.