Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VI

19. Caj bagi bekalan gas hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pengguna akan dikenakan caj bagi bekalan gasnya sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dengan merujuk kepada kuantiti gas yang dibekalkan, bekalan itu hendaklah diberikan menerusi, dan kuantiti gas hendaklah ditentukan melalui, meter yang sesuai.

Bekalan Gas 25

(2)

Meter, yang hendaklah diadakan oleh pemegang lesen, sama ada dengan cara jualan, sewaan atau pinjaman, hendaklah daripada jenis yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau mana-mana badan

Kerajaan yang lain yang relevan yang dilantik oleh Suruhanjaya bagi maksud itu.

(3)

Meter hendaklah dipasang pada premis pengguna di suatu kedudukan yang hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen, melainkan jika dalam hal keadaan tertentu adalah lebih munasabah meter itu ditempatkan di luar premis itu atau di suatu kedudukan lain.

(4)

Jika pengguna enggan atau tidak mendapatkan bekalan gasnya menerusi meter yang sesuai yang diadakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan (3), pemegang lesen boleh enggan memberikan atau boleh memberhentikan bekalan.

Report

Bahagian VII

Siasatan

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Bahagian X

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules