Amaun pampasan, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 23, 24, atau 25 hendaklah ditaksirkan oleh Pentadbir Tanah
Daerah selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya mencukupi.
Taksiran itu hendaklah pada matannya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga:
Dengan syarat bahawa tiada pampasan kena dibayar oleh pemegang lesen berkenaan dengan mana-mana pokok dalam jarak lima puluh kaki dari garis tengah mana-mana jalan yang dibina atau disenggara oleh Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan melainkan jika dibuktikan bahawa pokok itu telah sedia ada sebelum pembinaan jalan itu.
Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran Pentadbir
Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas taksiran itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.