Skip to content

Seksyen 23

Kuasa untuk memasuki dan meneliti tanah

of Akta Bekalan Gas 1993

ActIn forceProvision 23 of 24
Seksyen 23
(1)

Bilamana didapati oleh pemegang lesen bahawa akan menjadi perlu baginya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh

Akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah selain tanah Kerajaan bagi maksud membina apa-apa talian paip atau pepasangan atau sebahagian daripadanya, pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh, selepas memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam kepada penghuni tanah itu, jika ada, memasuki tanah itu dan membuat pengukuran dan mengambil aras dan melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk menentukan kesesuaian tanah itu, setakat yang mungkin tanpa meyebabkan kerosakan atau gangguan.

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan mana-mana orang memotong atau membuang apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau binaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dipasang pada mana-mana bangunan.

(3)

Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1)

boleh diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada Pentadbir Tanah Daerah.