Seksyen 18
Perjanjian khas berkenaan dengan bekalan
Seseorang yang menghendaki bekalan gas menurut seksyen 14
boleh membuat suatu perjanjian khas dengan pemegang lesen bagi bekalan itu atas apa-apa terma sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu.
(2)
Mana-mana terma dalam perjanjian itu yang berhubungan dengan tarif hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk maklumannya bagi maksud subseksyen 13(4).
(3)
Jika apa-apa perjanjian yang dibuat menurut subseksyen (1)
masih berkuat kuasa, seksyen 13 hingga 17 tidaklah terpakai:
Dengan syarat bahawa subseksyen 14(2) hendaklah, bagaimanapun, terpakai bagi maksud menyatakan hari bekalan gas itu dikehendaki bermula dan hari perjanjian itu terhenti berkuat kuasa.