Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI
17. Kuasa pemegang lesen untuk menghendaki cagaran
Feedback & supportSeseorang pemegang lesen boleh menghendaki mana-mana orang yang menghendaki bekalan gas menurut subseksyen 14(1)
supaya memberinya cagaran yang munasabah bagi segala wang yang mungkin menjadi kena dibayar kepadanya—
berkenaan dengan pembekalan gas; dan
berkenaan dengan apa-apa kerja perlu yang dikehendaki dilakukan bagi pembekalan gas, dan jika orang itu tidak memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, enggan memberikan bekalan atau mengadakan talian paip atau pepasangan sehinggalah cagaran diberikan.
Undang-Undang Malaysia 24
Jika orang itu belum memberikan cagaran dalam subseksyen (1)
atau cagaran yang diberikan oleh orang itu menjadi tidak mencukupi, pemegang lesen boleh melalui notis menghendaki orang itu, dalam masa tujuh hari selepas penyampaian notis itu, memberinya cagaran yang munasabah bagi pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu dan jika orang itu tidak memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan sehinggalah cagaran diberikan.
Pemulangan cagaran dengan faedah 17a. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah membayar kepada seseorang tertakluk kepada syarat dan pada kadar yang ditetapkan, sejumlah wang yang bersamaan dengan bunga tahunan atas cagaran yang diberikan di bawah seksyen 17.