Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian VI

26. Pengalihan atau pengubahan talian paip atau pemasangan

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa talian paip atau pepasangan telah dipasang di tanah di bawah seksyen 24, dan jika mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen 24(3) berhasrat untuk menggunakan tanah itu mengikut cara yang menjadikannya perlu atau wajar talian paip atau pepasangan itu dialihkan ke suatu bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya lebih tinggi atau lebih rendah, atau diubah bentuknya, maka dia boleh menuntut supaya pemegang lesen mengalihkan atau mengubah talian paip atau pepasangan itu dengan sewajarnya.

(2)

Jika pemegang lesen tidak mematuhi tuntutan itu, orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasat segala fakta kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat tertentu,

Undang-Undang Malaysia 32

bagi pengalihan atau pengubahan talian paip atau pepasangan itu.

Perintah itu hendaklah mengadakan peruntukan bagi pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan, sebagaimana yang difikirkan saksama oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut hal keadaan kes itu.

(3)

Pihak berkuasa Negeri boleh tidak menyiasat sendiri hal itu di bawah subseksyen (2) tetapi sebaliknya mengarahkan supaya

Pentadbir Tanah Daerah membuat apa-apa siasatan bagi pihaknya dan membuat syor kepadanya.

(4)

Bilamana Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi pengalihan atau pengubahan mana-mana talian paip atau pepasangan, maka pemegang lesen boleh tidak mengalihkan atau mengubah talian paip atau pepasangan itu tetapi sebaliknya memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya mengarahkan pengambilan tanah yang diperlukan bagi maksud talian paip atau pepasangan itu, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu dengan sewajarnya.

(5)

Bilamana Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan pengambilan mana-mana tanah, maka talian paip atau pepasangan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja bagi kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah yang sedang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

(6)

Bilamana sesuatu talian paip atau pepasangan telah dipasang atas tanah Kerajaan oleh seseorang pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberi milik kepada mana-mana orang, maka pemunya atau penghuni tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberimilikan itu secara nyata memperuntukkan selainnya, menuntut supaya talian paip atau pepasangan itu dialihkan ke suatu bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya lebih tinggi atau lebih rendah, atau talian paip atau pepasangan itu diubah, dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah terpakai bagi mana-mana tuntutan sedemikian:

Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah dibayar oleh orang yang membuat tuntutan itu.

Bekalan Gas 33

Report

Bahagian VII

Siasatan

Bahagian VIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian IX

Bahagian X

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules