Akta Bekalan Gas 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI
27. Perjanjian izin lalu
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam seksyen 24 atau 26 boleh menyentuh hak seseorang pemegang lesen untuk membuat suatu perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izin lalu, dengan pemunya atau penghuni mana-mana tanah bagi maksud membina talian paip atau pepasangan.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan didepositkan dengannya salinan terperaku bagi mana-mana perjanjian izin lalu yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang disentuh oleh perjanjian izin lalu itu.
Jika sesuatu perjanjian izin lalu adalah berhubungan dengan tanah yang merupakan suatu tanah pegangan yang termasuk dalam
Daftar Interim—
subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pendaftar”
dan “dokumen hakmilik daftaran” masing-masingnya telah digantikan dengan “Pesuruhjaya” dan “folio yang berkenaan dalam Daftar Interim”; dan
apabila dokumen hakmilik tetap dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik
Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], apa-apa nota yang dibuat menurut subseksyen (2) sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika nota itu masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu)
dicatatkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah nota itu telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.
Selagi masih ada pada dokumen hakmilik daftaran atau folio yang berkenaan dalam Daftaran Interim suatu nota yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3), segala urus niaga berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan oleh nota itu hendaklah disifatkan tertakluk kepada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya nota itu telah dibuat.
Undang-Undang Malaysia 34
Dalam subseksyen ini—
“Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Kanun Tanah Negara
(Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.