Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan

11A. Hal keadaan yang dalamnya pembayaran pencen terbitan tidak boleh dibuat atau adalah terhenti

(1)

Walau apa pun peruntukan seksyen 10 dan 11, tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti jika penerimanya—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1170);

(b)

seorang anak, selain anak yang disebut dalam perenggan (b)

tafsiran “anak” dalam seksyen 1A atau dalam perenggan (c), apabila dia berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;

(c)

seorang anak yang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi bukannya pendidikan yang menuju melampaui ijazah pertama, apabila dia tamat atau terhenti mendapat pendidikan itu atau apabila dia berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1346).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1346).

Report