Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan

15B. Penyelarasan pencen dan faedah lain bagi Hakim dan orang tanggungan

(1)

Tertakluk pada Bahagian III dan Bahagian ini, pencen dan faedah lain yang diberikan kepada Hakim dan orang tanggungan mereka di bawah Akta ini hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mulai Januari setiap tahun.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika pemakaian kadar kenaikan yang ditetapkan akan mengakibatkan suatu keadaan yang kurang baik bagi seseorang Hakim yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah dalam

Warta, menetapkan peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang sesuai untuk dipakai dalam hal sedemikian.

30

Undang-Undang Malaysia

(3)

Bagi maksud suatu perintah di bawah subseksyen (2),

Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan —

(a)

peratusan kenaikan yang berlainan bagi kategori penerima yang berlainan; dan

(b)

bahawa peratusan kenaikan yang lebih tinggi itu hendaklah hanya terpakai bagi sesuatu tahun yang ditetapkan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan dalam hal sedemikian, tarikh yang padanya penyelarasan itu hendaklah kena dibayar.

(4)

Apa-apa pencen terbitan yang diberikan di bawah Bahagian III hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen (1).

(5)

Apa-apa pencen hilang upaya atau pencen tanggungan yang diberikan di bawah Bahagian III hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen (1) tetapi faktor yang terpakai hendaklah faktor yang terpakai di bawah Bahagian itu.

(6)

Jika faktor yang disebut dalam subseksyen (5) berubah mengikut kelayakan orang tanggungan itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah Bahagian itu, pencen tanggungan hendaklah diselaraskan berdasarkan gaji isyarat sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (7) dengan menggunakan faktor baru yang terpakai di bawah Bahagian itu.

(7)

Gaji isyarat —

(a)

dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen tanggungan sebelum atau pada 1 Januari 2014, ialah amaun gaji bersamaan yang akhir diterima yang diterima oleh

Hakim pada 1 Januari 2014 yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah; atau

(b)

dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen tanggungan pada atau selepas 2 Januari 2014, ialah amaun gaji yang akhir diterima yang diterima oleh Hakim pada tarikh kematiannya yang telah dihitung dengan kenaikan

Saraan Hakim 31

sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah.

(8)

Jika peratusan kenaikan yang lebih tinggi telah ditetapkan di bawah subseksyen (2), kenaikan yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), (4) dan (5) hendaklah dihitung dengan menggunakan peratusan lebih tinggi yang ditetapkan itu.

(9)

Amaun pencen orang tanggungan yang diselaraskan di bawah subseksyen (6) hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan di bawah subseksyen (5) dalam tahun-tahun berikutnya.

(10)

Bagi maksud seksyen ini, “gaji bersamaan yang akhir diterima”

ertinya gaji bersamaan yang akhir diterima yang telah diselaraskan pada 1 Januari 2014 menurut Akta ini sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini.

Report

Bahagian IV

Schedules