Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan

15. Kecualian

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini menyentuh sesuatu pencen atau ganjaran yang telah diberikan atau yang layak didapati oleh seseorang Hakim sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; dan pembayaran pencen atau ganjaran yang diberikan sedemikian boleh diteruskan dan pencen atau ganjaran yang layak didapati olehnya itu boleh diberikan di bawah mana-mana undang-undang yang berkenaan melainkan jika dia telah memilih menurut seksyen 16 supaya tertakluk pada Akta ini.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyebabkan Kerajaan bertanggungan untuk membayar apa-apa wang yang lebih banyak jumlahnya daripada yang kena dibayar kepada seseorang Hakim sebagai pencen atau ganjaran sama ada sebagai bunga atau selainnya, dan sama ada pencen atau ganjaran itu kena dibayar sebelum atau selepas Akta ini mula berkuat kuasa.

Saraan Hakim 29

BAHAGIAN IIIA

PENYELARASAN PENCEN DAN FAEDAH-FAEDAH

LAIN BAGI HAKIM DAN ORANG TANGGUNGAN

Report