Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
11C. Pencen tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada subseksyen (5), jika seseorang Hakim mati dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 11B(1)(a) atau (b) dan kematian itu berlaku dalam tempoh
CATATAN—Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] telah dimansuhkan oleh Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]—lihat seksyen 32 Akta 747.
22
Undang-Undang Malaysia tujuh tahun dari tarikh menanggung bencana itu atau mendapat penyakit yang disebut dalamnya, orang tanggungannya adalah berhak, sebagai tambahan kepada pencen terbitan dan apa-apa ganjaran terbitan, mendapat pencen tanggungan yang dihitung sebagai pecahan daripada gaji Hakim seperti yang berikut:
kepada balu … … … … … … … … …
1/6
jika Hakim yang mati itu meninggalkan balu yang kepadanya pencen tanggungan diberikan di bawah perenggan (a), bagi setiap orang anak sehingga seramai enam orang … … … …
1/48
jika Hakim yang mati itu tidak meninggalkan balu atau tiada apa-apa pencen tanggungan diberikan kepada balu di bawah perenggan (a), bagi setiap orang anak sehingga seramai enam orang … .… … … … …
1/24
mulai dari tarikh berkahwin lagi atau tarikh yang berikutan dengan tarikh kematian balu yang pencen tanggungan telah diberikan kepadanya di bawah perenggan (a), bagi setiap orang anak sehingga seramai enam orang …
1/24
jika ibu Hakim yang mati itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya pada
Hakim itu untuk nafkah pada masa kematiannya, kepada ibu itu manakala tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi—
jika Hakim yang mati itu tidak meninggalkan balu atau tiada apa-apa pencen tanggungan diberikan kepada balu di bawah perenggan (a) …
1/6
jika Hakim yang mati itu meninggalkan balu yang pencen tanggungan diberikan kepadanya di bawah perenggan (a) …
1/12
Saraan Hakim 23
jika bapa Hakim yang mati itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya pada
Hakim itu untuk nafkah pada masa kematiannya, kepada bapa itu manakala tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi—
jika Hakim yang mati itu tidak meninggalkan balu atau tiada apa-apa pencen tanggungan diberikan kepada balu di bawah perenggan (a) dan ibu
Hakim itu sudah mati atau … … …
1/6
jika Hakim yang mati itu meninggalkan balu yang pencen tanggungan diberikan kepadanya di bawah perenggan (a) dan ibu Hakim itu sudah mati … … …
1/12
Tertakluk pada subseksyen (5), jika Hakim yang disebut dalam subseksyen (1) telah menanggung bencana itu dalam suatu kawasan keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pecahan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah dalam subseksyen itu 1/6 telah digantikan dengan 1/4, 1/48 dengan 1/24, 1/24 dengan 1/12 dan 1/12 dengan 1/8 di mana-mana jua ia terdapat.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan (2), tiada apa-apa bayaran pencen tanggungan boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti jika penerimanya—
(Dipotong oleh Akta A1170);
seorang anak, selain anak yang disebut dalam perenggan (b)
tafsiran “anak” dalam seksyen 1A atau dalam perenggan (c), apabila dia berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
seorang anak yang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi bukannya pendidikan yang menuju
CATATAN—Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] telah dimansuhkan oleh Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]-lihat seksyen 32 Akta 747.
24
Undang-Undang Malaysia melampaui ijazah pertama, apabila dia tamat atau terhenti mendapat pendidikan itu atau apabila dia berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
ibu atau bapa Hakim yang mati itu, apabila diperoleh bukti bahawa ibu atau bapa itu ada diberi dengan cukup punca nafkah yang lain.
Pencen tanggungan yang diberikan di bawah seksyen ini boleh ditentukan semula bila-bila masa sahaja mana-mana penerima mati atau terhenti layak mendapat pembayaran itu.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi orang tanggungan Hakim yang perenggan 13 Jadual Kedua terpakai baginya menurut subseksyen 11B(2).