Akta Saraan Hakim 1971 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan
12. Hakim dilantik dari perkhidmatan awam
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seorang Hakim dilantik dari kalangan anggota perkhidmatan awam dan dia belum mencapai umur lima puluh tahun, maka orang yang dilantik sedemikian hendaklah, bagi maksud undang-undang yang berhubungan dengan pencen atau ganjaran yang terpakai baginya, disifatkan telah bersara daripada perkhidmatan tersebut seolah-olah dia telah mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh sebelum sahaja pelantikan itu dan orang itu adalah layak mendapat suatu pencen atau ganjaran mengikut undang-undang yang disebut terdahulu itu, yang dikira mengikut bilangan bulan perkhidmatan masuk kira yang telah genap sebelum tarikh pelantikan itu.
Jika seorang
Hakim dilantik dari kalangan anggota perkhidmatan awam dan dia telah mencapai umur lima puluh tahun, maka orang yang dilantik sedemikian hendaklah, bagi maksud undang-undang yang berhubungan dengan pencen atau ganjaran yang terpakai baginya, disifatkan telah membuat opsyen untuk bersara daripada perkhidmatan tersebut selepas mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh sebelum sahaja pelantikan itu, dan orang itu adalah layak mendapat suatu pencen atau ganjaran yang sepatutnya.
Sesuatu pencen atau ganjaran yang boleh diberikan kepada seseorang Hakim di bawah subseksyen (1) atau (2) seksyen ini hendaklah kena dibayar bagi kes seseorang Hakim yang disebut dalam subseksyen (1) apabila dia mencapai umur lima puluh tahun dan bagi kes seorang Hakim yang disebut dalam subseksyen (2) apabila dia dilantik menjadi seorang Hakim:
Dengan syarat bahawa apabila dia mencapai umur lima puluh tahun, seseorang yang disebut dalam subseksyen (1)—
memegang jawatan Hakim; atau 26
Undang-Undang Malaysia
berkhidmat atas sifat yang berkenaan dengannya dia telah diberi kebenaran untuk bersara di bawah seksyen 8B.
Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1)—
mati semasa memegang jawatan Hakim; atau
mati semasa berkhidmat atas sifat yang berkenaan dengannya dia telah diberi kebenaran untuk bersara daripada jawatan Hakim di bawah seksyen 8B, sebelum mencapai umur lima puluh tahun, orang tanggungannya hendaklah diberi pencen terbitan dan ganjaran terbitan mengikut undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).
Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika seseorang
Hakim yang disebut dalam subseksyen (1) bersara daripada jawatan di bawah perenggan 8(d) atau di bawah seksyen 8A sebelum mencapai umur lima puluh tahun, dia hendaklah diberi pencen dan ganjaran mengikut undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1), dan kiranya dia mati semasa dalam persaraan, orang tanggungannya hendaklah diberi pencen terbitan mengikut undang-undang itu.
Pencen, ganjaran, pencen terbitan atau ganjaran terbitan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada pencen dan faedah-faedah lain yang seseorang mungkin berhak kepadanya di bawah Akta ini.
Jika kelayakan mendapat apa-apa pencen terbitan atau pencen tanggungan di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah bergantung kepada penghitungan apa-apa tempoh masa dari berlakunya kejadian di bawah undang-undang itu, penghitungan masa itu hendaklah bermula dari tarikh pencen atau pencen hilang upaya dibayar atau adalah genap masanya dibayar di bawah seksyen ini kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1)
dan tidak selainnya, dan undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai sebagaimana yang diubahsuaikan oleh subseksyen ini bagi orang tanggungan Hakim yang seksyen ini terpakai bagi mereka itu.
Saraan Hakim 27
Proviso kepada subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi seseorang Hakim yang telah, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 8C, melepaskan jawatan
Hakim untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain selama apa-apa tempoh demi kepentingan negara, dan masih berkhidmat dalam jawatan itu apabila dia mencapai umur lima puluh tahun.
Seksyen ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa:
Dengan syarat bahawa bagi seseorang Hakim yang dilantik dari kalangan anggota perkhidmatan awam—
yang telah mencapai umur lima puluh tahun tetapi bukan umur lima puluh lima tahun sebelum 1 Julai 1977, Hakim itu tidak boleh dibayar pencen dan ganjaran mengenai apa-apa tempoh sebelum 1 Julai 1977; dan
yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun sebelum 1 Julai 1977, Hakim itu hendaklah dibayar pencen dan ganjaran dari tarikh dia mencapai umur itu, dan subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi segala kes lain mulai dari 1 Julai 1977.