Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan

8C. Perkhidmatan dalam jawatan yang lain demi kepentingan negara

(1)

Seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi boleh dikehendaki oleh Yang di-Pertuan Agong demi kepentingan negara untuk —

(a)

berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain tanpa melepaskan jawatannya sebagai Hakim; atau

(b)

melepaskan jawatan Hakim untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain, selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang Hakim dikehendaki untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain demi kepentingan negara, saraan yang Hakim itu adalah berhak kepadanya di bawah

Akta ini dalam tempoh dia berkhidmat dalam jawatan yang lain itu hendaklah dibayar oleh badan yang Hakim itu berkhidmat dalam jawatan yang lain itu.

(3)

Jika Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Tinggi dikehendaki untuk melepaskan jawatan Hakim untuk berkhidmat dalam jawatan yang lain di bawah perenggan (1)(b)

dan selepas menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam jawatan yang lain itu, tidak dilantik semula untuk memegang jawatan Hakim oleh sebab dia telah mencapai umur persaraannya, dia hendaklah disifatkan telah berkhidmat sebagai Hakim sehingga umur enam puluh enam tahun dan bersara menurut perenggan 8(a).

16

Undang-Undang Malaysia

Peruntukan khas bagi Ketua Hakim Negara, Presiden dan

Hakim Besar

*9. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tetapi tertakluk pada seksyen 8, seseorang yang memegang jawatan

Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar adalah berhak mendapat pencen maksimum jika dia telah memegang salah satu atau kesemua jawatan itu selama suatu tempoh yang kesemuanya tidak kurang daripada tiga tahun.

Report