Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pencen dan Faedah-Faedah Lain Hakim dan Orang Tanggungan

8B. Bersara kerana sebab khas

(1)

Seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi yang belum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah memegang jawatan Hakim selama tempoh yang kesemuanya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun boleh, dengan kelulusan Ketua Hakim Negara, membuat permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya dibenarkan bersara untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain; dan Yang di-Pertuan

Agong boleh, setelah berpuas hati, atas perakuan Perdana Menteri, bahawa demi kepentingan dan keperluan khas sesuatu Negeri atau demi kepentingan Malaysia pada keseluruhannya bagi Hakim tersebut berkhidmat dalam jawatan tersebut, memberikan kebenaran supaya

Hakim tersebut bersara.

Saraan Hakim 15

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, “seseorang Hakim Mahkamah

Persekutuan”, bagi maksud seksyen ini, adalah termasuk Hakim Besar,

Presiden dan Ketua Hakim Negara; dan dalam pemakaiannya terhadap

Ketua Hakim Negara, subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah perkataan “dengan kelulusan Ketua Hakim Negara” telah ditinggalkan daripadanya.

Report